Khamis, 9 Oktober 2025

Renungan Minda : Pesara tersalah diagnosis penyakit?

Logo Renungan Minda di atas bulu teal – identiti Geji-ih BlogSpot

Bang M** amat yakin dia mengalami strok ringan ketika saya berbual dengannya di hadapan rumahnya pada Ahad lepas. 

Walaupun fizikalnya tidak menunjukkan tanda-tanda tipikal pesakit strok, dia dihantar ke Hospital Umum Sarawak dengan segera oleh ahli keluarganya.

Saya kagum dengan cerita Bang M** kerana dia mungkin antara pesakit strok yang bernasib baik. 

Sambil ketawa, dia mengajuk kata-kata doktor yang tidak percaya dia menghidap strok.

Menurut Bang M**, sejak awal tahun ini, hanya kakinya terasa lemah selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. 

Saya menasihatinya untuk mendapatkan urut tradisional dan fisioterapi bagi bahagian yang lemah akibat strok.

Selepas berbual panjang tentang rawatan untuk pesakit strok, Bang M** memberitahu saya bahawa tangan kirinya kebas dan bahagian pinggangnya sakit. 

Saya segera terfikir tentang kemungkinan masalah saraf.

Saya bertanya sama ada doktor ada memberinya ubat sakit saraf, tetapi dia berkata tidak. 

Pil-pil yang diberi hanyalah untuk jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Saya menyarankan Bang M** untuk berjumpa doktor bagi memastikan sama ada dia menghidap masalah saraf. 

Kemudiannya saya meminta izinnya untuk 'memeriksa' tangannya.

Ketika saya sedang memeriksa tangannya, Bang M** tiba-tiba terkejut. 

Kami berpandangan, dan saya bertanya sama ada dia merasa angin keluar dari anggota badan.

Dia berkata angin keluar dari hujung jari tangan kiri yang kebas dan dari bahagian pinggangnya. 

Saya melepaskan tangannya dan menyuruhnya tunggu sehingga angin berhenti keluar.

Tidak lama kemudian, dia memberitahu saya bahawa angin sudah berhenti. 

Saya bertanya sama ada kebas tangan sudah hilang - dan dia mengangguk.

Saya memberitahu Bang M** bahawa dia sepatutnya mencari perawat tradisional mistik atau rawatan rukyah, bukan sekadar tukang urut. 

Masalah kebas yang dihadapinya mungkin berkaitan dengan gangguan mistik

Bang M** adalah pesara kerajaan negeri dan sudah bersara hampir 10 tahun.

وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan