Selasa, 19 Ogos 2025

Renungan Minda : Serangan asma yang tak reda reda

Logo Renungan Minda – identiti Geji-ih BlogSpot

Seorang nenek risau dengan keadaan cucu perempuannya yang asyik dikejarkan ke klinik atau hospital kerana serangan asma. 

Serangan berlaku tanpa mengira masa dan tempat, dan kadang-kadang berulang lebih dari sekali dalam sehari.

Dia mengeluh kerana bermacam-macam ubat telah dimakan cucunya, tetapi simptom asma tetap tidak reda. 

Rawatan moden seperti nebulizer untuk asma (ramai menyebut sebagai 'neb') digunakan hampir setiap kali ke klinik.

Mungkin disebabkan naluri seorang nenek, dia mencadangkan kepada anaknya untuk mencuba rawatan alternatif kesihatan - khususnya rawatan mistik - sebagai ikhtiar tambahan untuk membantu cucunya.

Sejak diberi rawatan mistik oleh seorang perawat alternatif, cucunya tidak lagi mengalami serangan seperti dulu. 


p/s Scenario seperti ini memang biasa dalam masyarakat kita. Atas sebab itu, saya sering menganjurkan pendekatan kesihatan holistik: dahulukan sains; tapi mistik tak diabaikan. Jangan tunggu sehingga nyawa di hujung tanduk baru mencari perawat alternatif.


وَاللهُ اَعْلَمُ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan