Fandi (bukan nama sebenar) terperanjat melihat muka anak lelakinya, Ramli (bukan nama sebenar), yang diawal usia 20-an.
Muka Ramli 'dikotori' kehadiran jerawat bernanah yang kelihatan kritikal dan menyakitkan.
Fandi memberitahu saya, dia tidak dapat berpura-pura tidak terkejut untuk menjaga hati anaknya kerana keadaan muka Ramli memang serius.
Dia bertanya saya cara hilangkan jerawat dengan cepat tanpa kesan sampingan.
Saya menyarankan Ramli cuba rawatan jerawat semulajadi dengan menyapu air teh hijau untuk jerawat setiap pagi dan malam.
Beberapa hari kemudian, Fandi menghubungi saya untuk memberitahu bahawa keadaan jerawat anaknya semakin teruk.
Menurutnya, Ramli diberi tugasan bekerja di bahagian hadapan berurusan dengan pelanggan kerana wajahnya yang kacak.
Ramli juga pernah berfikir bahawa masalah jerawatnya mungkin berpunca dari penyakit ain, kerana perubahan wajahnya berlaku secara tiba-tiba.
Selepas mendengar cerita Fandi, saya menyarankan beberapa petua tradisional untuk jerawat:
- Mandi air wuduk ibunya (isteri Fandi)
- Sapu dengan air teh hijau yang telah direndam
- Buat urutan akupoin untuk hormon agar seimbangkan sistem dalaman
- Elakkan tidur lewat dan jaga waktu rehat
Keesokan hari, Fandi menghubungi saya lagi.
Dia amat terkejut kerana kurang dari 24 jam selepas Ramli melakukan saranan tersebut, jerawat mula kering, terutamanya di bahagian pipi kiri.
Saya menasihati agar Ramli terus mengamalkan rutin tersebut dan jangan berhenti separuh jalan.
Beberapa hari kemudian, Fandi menghubungi saya semula. Walaupun ada perubahan, proses penyembuhan agak perlahan berbanding awal.
Saya menyarankan agar Ramli teruskan dengan langkah berikut:
- Mandi air wuduk ibunya
- Rendam seuncang teh hijau dalam gelas dan beri kepada ibunya untuk diminum
- Baki air teh hijau diberikan kepada Ramli untuk diminum dan disapu ke muka
- Gunakan uncang teh hijau untuk menyapu jerawat secara perlahan
Beberapa hari kemudian, Fandi menghubungi saya untuk memberitahu bahawa kulit muka Ramli semakin pulih dan proses penyembuhan lebih cepat.
Tip untuk Ramli:
- Mandi air wuduk ibunya
- Sapu dengan baki air teh hijau yang diminum oleh ibunya
- Minum sedikit air teh hijau sebelum menyapu ke muka
- Urutan akupoin untuk hormon
- Jangan tidur lewat
p/s Objektif rawatan ialah mendapatkan berkat dari ibu untuk melawan dan menghilangkan penyakit ain yang mungkin menjadi punca jerawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan