Ketika saya berjalan perlahan-lahan menuju ke lif di Tingkat 9, Hospital Umum Sarawak (HUS), ada seorang wanita muda berjalan dengan agak laju di sebelah kiri saya.
Sebaik sahaja dia sampai di hadapan lif, dia menekan butang untuk turun ke bawah.
Beberapa saat kemudian, dua pintu lif terbuka.
Pada mulanya saya hendak masuk dalam lif yang paling hampir dengan saya - tetapi entah mengapa hati saya tergerak untuk memasuki lif bersama wanita muda tersebut.
Ketika memasuki lif, saya memusing kepala untuk melihat butang yang ditekan olehnya.
Apabila saya melihat butang itu ialah Tingkat 2, saya terus masuk ke bahagian paling dalam.
Tidak lama selepas itu, pintu lif terbuka apabila sampai ke Tingkat 2.
Apabila kami keluar dari lif, saya cuba berbual - bertanya apa tujuan dia berada di HUS.
Dia berkata dia menjaga kakaknya yang sedang dirawat di wad hospital.
Saya bertanya apa penyakit yang dihidap oleh kakaknya sehingga dimasukkan ke wad.
Wanita muda memberitahu:
- Pada awalnya, kakaknya mengalami demam berpanjangan.
- Tidak lama selepas memasuki hospital, kakaknya ditidurkan.
- Dia kemudian bangun dari tidur dan menjalani pemeriksaan kesihatan di KPJ.
- Keputusan ujian menunjukkan kakaknya normal secara fizikal.
Saya kemudian bertanya sama ada ahli keluarga ada mendapatkan rawatan alternatif - mistik atau rukyah.
Wanita muda menjawab: "Ada."
Dia kemudian memberitahu bahawa tadi kakaknya ada tersenyum di hadapan suaminya ( satu tanda yang memberi harapan).
Semoga ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada kakak wanita muda yang sedang sakit, sama ada disebabkan gangguan mistik
p/s Saya di HUS kerana menziarahi ahli keluarga saya yang berada di Wad Lelaki, Tingkat 8.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan