Ibubapa Zaki (bukan nama sebenar) sudah dalam keadaan mati akal kerana masalah kurap yang tidak sembuh berbulan-bulan.
Zaki, berusia 12 tahun, mengalami masalah kulit kanak-kanak yang berlarutan walaupun pelbagai rawatan telah dicuba.
Ribuan ringgit telah dihabiskan untuk merawat Zaki - berjumpa doktor, pakar kulit, dan membeli ubat di farmasi.
Namun, penyakit kulit yang dialaminya tetap degil dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyembuhan.
Setelah sekian lama bergantung kepada ubat-ubatan moden, ibubapa Zaki mengambil keputusan untuk mencuba rawatan tradisional untuk kurap menggunakan bawang putih yang telah dihancurkan.
Hampir setiap kali ramuan minyak bawang putih (bawang putih dicampur minyak kelapa) disapu di bahagian badan yang ada kurap, Zaki akan menggeliat kesakitan.
Ramuan ini disapu sebelum tidur dan selepas mandi di siang hari.
Kadang-kadang Zaki mengomel badannya berbau bawang putih.
Namun, itu adalah ikhtiar untuk menyembuhkan kurap secara semula jadi.
Apabila bapa Zaki menceritakan masalah kurap yang degil itu, saya mencadangkan satu bentuk rawatan alternatif iaitu teknik akupoin.
Hanya dalam tempoh beberapa jam selepas teknik akupoin dilakukan sebelum tidur malam, kurap mula kering.
Keesokan harinya, keadaan kulit Zaki kelihatan lebih baik dan penyembuhan semula jadi mula berlaku.
Selepas tempoh sebulan, Zaki tidak lagi mengalami masalah kurap.
Saya memberitahu bapanya bahawa mungkin sistem imunisasi anaknya rendah - atas sebab itu penyakit kulit tersebut sukar sembuh.
Saranan:
- Kurangkan gula untuk bantu sistem imun
- Teknik akupoin untuk tingkatkan imunisasi
- Kuatkan imunisasi badan dengan makanan
- Buah-buahan, Makanan dan Akupoin untuk Percepat Proses Penyembuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan