Sejak mengalami kecederaan di bahagian lutut, Ali (bukan nama sebenar) tidak lagi dapat melakukan sukan kegemarannya - iaitu jogging untuk kesihatan lutut.
Walaupun lututnya sudah sembuh, Ali takut untuk menggerakkannya secara agresif kerana khuatir sakit lutut kronik akan berulang.
Disebabkan tidak lagi berlari, Ali mula pergi ke gim untuk melakukan senaman untuk lutut dan otot kaki.
Selain menguatkan otot tangan, dia juga fokus pada senaman kaki untuk menyokong sendi lutut.
Keadaan lutut semakin baik tetapi tidak seperti asal.
Dari semasa ke semasa, lututnya akan bermasalah - tanda-tanda kesihatan sendi lutut yang lemah.
Beberapa tahun kemudian, Ali mengalami kecederaan semula apabila terjatuh di tangga dan lututnya terhantuk anak tangga.
Dia tidak dapat membengkokkan kaki dan mengalami sakit lutut yang teruk.
Ali berjumpa pakar dan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat fisioterapi lutut.
Selepas menceritakan masalahnya, saya bertanya sama ada dia masih merasa sakit - dan dia menjawab: "Ya."
Saya menyarankan Ali untuk mencuba teknik akupoin untuk sakit lutut.
Beberapa saat selepas urutan dilakukan, Ali mendakwa lututnya tidak lagi sakit. "Magic," katanya sambil berjalan.
Saya memberitahu Ali bahawa masalah lututnya mungkin berpunca daripada otot lutut yang lemah dan sistem sokongan sendi yang tidak stabil.
وَاللَّهُ أَعْلَمُ
Saranan:
- Urut poin CV1 jika lutut sakit
- Senaman berjinjit untuk kuatkan otot kaki
- Makan ikan seperti salmon, tuna, dan sardin untuk nutrien lutut dan otot
- Jaga kesihatan lutut dengan vitamin dan teknik semula jadi
p/s Beberapa hari kemudian, Ali menghantar mesej memberitahu saya bahawa dia tidak lagi mengalami sakit lutut walaupun berjalan agak lama. Sebelum ini, lututnya akan bermasalah jika dia terlalu lama berjalan. وَاللَّهُ أَعْلَمُ
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu.
